Myspace Glitter Text

Friday 9 December 2011

``````````cInTA```````````

Sekeping hati ini ingin berbicara padamu
Tentang apa yang terbuku
Setelah aku mengenalimu
Sekeping hati ini ingin mengatakan bahawa ia rindu
Rindukan senyumanmu
Rindukan suaramu
Rindukan belaian darimu

Sekeping hati ini inginkan dirimu selalu
Menemaniku disaat aku sunyi
Aku inginkan dikau disisi disaat aku sepi

Sekeping hati ini ingin bersuara tentang cinta
Tentang apa yang ia rasa
Bersamamu adalah bahagia
Bersamamu terasa indahnya
Apabila bersama,aku merasakan cinta
sebuah perasaan yang tak pernah ku rasa

sekeping hati ingin berbicara tentang sayang
ia terlalu menyayangimu
tidak pernah rasanya sayang ini terlalu dalam
kau istimewa buatku
bukan kerana apa yang aku inginkan
tapi kerana apa yang engkau miliki
aku menyayangimu sepenuh hati
bagaikan tiada kata untukku bicara
bagaikan tiada madah untukku persembah
andainya ada irama
akan ku lagukan untukmu sebagai pengubat kecewa
agar kau tahu aku sentiasa ada bersama

hati ini ingin berbicara tentang senyumanmu
senyumanmu sungguh mengasyikkan
pertama kali kau tersenyum
hatiku bergetar
getaran yang ku rasa sungguh mengasyikkan
pabila terpandang senyumanmu yang menawan
hatiku tertawan
keasyikkannya bagaikan mengetuk pintu hati
pintu hati yang telah lama terkunci
aku memberanikan diri untuk membukanya kembali
hanya kerana senyuman yang kau beri
senyumanmu memecahkan dinding dinding sepi
meruntuhkan tembok sunyi yang telah lama beraja di hati

hati ini mengharapkan engkau mengerti
tentang apa yang ia rasa pabila bersamamu
tentang apa yang ia inginkan bersamamu
tentang apa yang ia harapkan darimu
hati ini mengharapkan kejujuran
hati ini mengharapkan keihklasan

hati ini ingin berbicara lagi
tentang sekeping hati yang dulunya sunyi
kini telah ada yang menemani
kau hadir di kala ia mencari
kau hadir di kala ia menanti
dirimu terlalu aku sayangi
dirimu terlalu aku rindui..
andai kau dapat mengerti perasaan hati ini

hati ini mengharapkan adanya satu sinar kebahagiaan
agar aku bisa tersenyum
agar aku bisa tertawa
ajarkan aku erti bahagia
ajarkan aku erti gembira
jangan kau ajarkan aku erti kecewa
kerana ku tahu sakitnya mencengkam dada
cukuplah kecewa yang ku rasa sebelum ini
aku tak mahu melukai
aku tak mahu terluka lagi
ku berikan padamu kejujuran sepenuh hati
ku beri padamu kasih sayang seihklas hati
ku harap kau juga begitu
bukan aku mengharapkan balasan
cuma mencari sebuah persefahaman
untukku serapkan dalam perhubungan yang dijalinkan

hati ini ingin berhenti berbicara lagi
cukuplah apa yang sempat aku coretkan untukmu
biarpun masih ada lagi yang terbuku dihati
tapi cukuplah sampai disini
biarlah ia menjadi rahsia di dalam hati
hati ini ingin kau tahu ia menyayangimu
ia menyintaimu
hatiku cemburu sedangkan ku tahu kau bukan milikku
nota ini untukmu agar kau tahu sebenar benar perasaanku
padamu yang amat bermakna buatku selalu
akhirkata penutup nota
warkah agung dariku seorang pencinta
yang dulunya terluka tetapi kini bahagia
mengharapkan kebahagiaan ini kekal untuk selamanya
ASSALAMUALAIKUM dariku untukmu

No comments:

Post a Comment